Friday, June 22, 2012

Kepentingan Bahan Sisa Pertanian

Kemajuan dalam sektor pertanian menyebabkan banyak bahan sisa dihasilkan.Bahan sisa tersebut memerlukan pengurusan yang baik.Jika sisa pertanian ini diurus dengan baik,banyak manfaat akan diperoleh daripadanya.

    Banyak kepentingan yang diperolehi hasil daripada bahan sisa ini.Bahan sisa seperti hampas kelapa dapat dijadikan sumber makanan kepada haiwan.Dalam sudut yang lain pula,bahan sisa ini digunakan sebagai bahan penghasilan baja kompos.Baja ini mampu menghasilkan biogas(biodiesel) yang juga sumber tenaga kepada manusia.

    Di samping itu,bahan sisa pertanian juga boleh dijadikan sebagai alat gentian.Contohnya,kulit kerang yang sudah menjadi bahan sisa boleh dirawat atau diproses semula bagi menghasilkan alat gentian.Kulit kerang yang membekalkan kalsium,malah keras dan tahan menyebabkan bahan ini menjadi sumber utama pembuatan alat gentian.Bahan ini boleh menghasilkan tulang tiruan dan gigi palsu yang juga digunakan sebagai sumber dalam perubatan.

    Bahan sisa pertanian yang sudah dirawat akan membantu mengurangkan pencemaran.Persekitaran akan menjadi bersih dan pemuliharaan alam sekitar akan dapat dilaksana.Segala permasalahan yang berkaitan dengan pencemaran akan dapat diatasi.Persekitaran hidupan akuatik dan juga darat tidak akan tercemar bahkan segala pencemaran yang berlaku seperti pencemaran air dan udara akan dapat dikurangkan,seterusnya menjadikan bumi sebagai tempat yang selesa.

    Seterusnya,bahan sisa pertanian juga dapat digunakan untuk menghasilkan sumber makanan kepada manusia.Batang kelapa sawit dapat digunakan untuk menghasilkan sumber makanan.Hal ini kerana,batang kelapa sawit mampu menghasilkan glukos.Selain itu juga,ada juga bahan sisa ini digunakan untuk menghasilkan sumber makanan seperti biskut.Kebaikan sebegini akan menambahkan hasil kepada pengusaha.Dalam sudut yang tersirat pula,kepentingan sebegini akan mendatangkan banyak manfaat kepada manusia.

    Kesimpulannya,sisa pertanian secara saintifik ini banyak memberi kebaikan kepada manusia mahupun kepada ekonomi negara agar hasrat kerajaan akan tercapai dan sektor pertanian akan terus berkembang.


                                                 
                                                     -Haiyazi-
                                                      -2011-

No comments:

Post a Comment